Rabu, 25 Jun 2014

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI 1MALAYSIA DAN PELANCARAN UNTI KOMUNIKASI BELIA RAKAN IT PERINGKAT DAERAH PASIR PUTEH


Program ini telah berlangsung pada 21 Jun 2014 di Kampung Alor Hijau Selising Pasir Puteh dan telah dilancarkan oleh YB Dato' Jailani Bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media Malaysia sempena dengan rangka lawatan YBhg. Dato ke Negeri Kelantan Darulnaim.

Pelbagai acara telah disusun untuk memeriahlkan majlis ini seperti pameran dan perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta, acara sukan air, acara melukis dan mewarna kanak-kanak tabika dan sebagainya. Ketiabaan YB Timbalan Menteri Komu8nikasi dan Multi Media Malaysia diiringi oleh Kelab Permotoran Klasik Negeri Kelantan dan dimeriahkan dengan acara menaikan wau serta perlawanan akhir sukan akhir.
Majlis pelancaran Unit Komunikasi Belia Rana IT adalah merupakan salah satu platform yang akan digunakan oleh Komunitii 1Malaysia dalam menyampaikan maklumat -maklumat kerajaan kepada masyarakat khususnya golongan belia. Keahliannya terdiri daripada orang-oramg muda yang pakar dan mahir dalam bidang IT. Mereka ini akan menggunakan media siber untuk menyebarkan makilumat kerjaan disamping menangkis tomahan-tomahan yang dilemparkan oleh setengah pihak dalam memburuk-burukkan kerajaan

YB Timbalan Menteri Komunikasi Multi Media Malaysia turut menyampaikan Netbook kepada Pejabat Penerangan Daerah pasir Puteh, Pejabat Khidmat DUN selising dan Pelajar-Pelajar Cemerlang PMR 2014 yang melbatkan sekolah SMK Bukit Jawa dan SMK Selising

Pada sebelah malam diadakan program Malam CInta Rasul dan Ihya Ramadhan yang dihadiri oleh masyarakat dalam DUN selinsing. Ianya bagi menanamkan semangat cinta rasul disamping menimarahkan bulan ramadhan yang akan disambut tidak lama lagi. Perasmian disempurnkan oleh YB Encik ZUlkifli Ali, ADUN Selising











Tiada ulasan:

Catat Ulasan