Ahad, 23 Februari 2014

PERSEMBAHAN PENTARAMA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Jabatan Penerangan Malaysia telah mengadakan persembahan PENTARAMA  pada  21 Februari 2014 di Perkarangan Wat Cheng Bhudawas Terbak Tumpat. Ianya melibatkan persembahan hiburan bermaklumat yang menampilkan persembahan yang begitu menghiburkan  dan mendapat sambutan yang menggalakan dariapda masayarakat. Lebih kurang 1000 orang telah hadir yang mana  terdiri daripada masyarakat siam dan melayu.

Persembahan pada malam tersebut melibatkan sketsa dan penjelasan mengenai isu-isu semasa oleh arits-artis PENTARAMA supaya difahami dan hayati oleh seluruh masyarakat. Ianya diharap dapat sedikit sebanyak merungkai beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak khususnya mengenai dengan kenaikan harga barang, GST , BR1M dan subsidi kerajaan.

Kebanyakan mereka yang hadir pada malam tersebut merakamkan ucapan ribuan  terima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan Malaysia yang sudi mengadakan peserembahan ini yang bukan semata-mata untuk berhibur tetapi hiburan bermaklumat. Ianya menampilkan pelbagai mesej kerajaan kepada masyarakat dan secara tidak langsung menjadikan kerajaan dekat dihari rakyat.

Wakil masyarakat yang juga merupakan ahli Komuniti 1Malaysia Terbak Tumpat turut menyampaikan ucapan dan melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin tentang masalah rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan bagi merengankan beban.