Isnin, 31 Disember 2012

PERTANDINGAN DIKIR BARAT KENEGARAAN 1MALAYSIA "BAJET KASIH SAYANG 2013" PARLIMEN JELI




Pada 28 Disember 2012 telah berlangsung Pertandingan Dikir Barat Kenegaraan 1Malaysia " Bajet Kasih Sayayng 2013" Peringkat Parlimen Jeli. Program ini telah menghimpunkan 5 buah pasukan dikir barat yang terdiri daripada masyarakat setempat. Setiap pasukan mewakili DUN manakala dua buah pasukan yang lain mewakili Komuniti 1Malaysia Daerah Jeli.

Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Makhtar Mustapa, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri, Timbalan Penyelaras DUN Ayer Lanas, Pegawai Pembangunan JPP Jeli, Ketua-Ketua Jabatan dan masyarakat setempat

Pertandingan ini bertujuan untuk memartabatkan  dikir barat yang merupakan salah satu seni budaya rakyat negeri kelantan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Disamping itu ianya juga dapat dijadikan platform untuk menyalurkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat khususnya mengenai penjelasan bajet yang telah dibentangkan oleh YB Perdana Menteri Malaysia.

Program yang berlangsung selama satu malam ini juga diserikan dengan Persembahan  Bintang Patriotik, Persembahan Artis Salam Pantai Timur dan pertunjukan bunga api yang dilepaskan ke udara sebanyak 55 letupan. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan ini telah berjaya menarik hampir 3000 orang hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut.   

YBhg. Dato' Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan perasmian pertandingan DIkir Barat Kenegeraan 1Malaysia " Bajet Kasih Sayang 2013"

Pasukan Dikir Barat mengadakan sessi bergambar kenang-kenangan bersama YBhg. Dato' Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

Salah seorang pemenang basikal Fixi semasa cabutan bertuah oleh YBhg. Dato' Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

Pasukan Dikir Barat Komuniti 1Malaysia Ayer Lanas Jeli adalah merupakan salah sebuah pasukan dikir wanita dan diudang untuk membuat persembahan pada malam tersebut