Ahad, 17 November 2013

PROGRAM PERMUAFAKATAN DAN PEMANTAPAN PEGAWAI-PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI KELANTAN SIRI 2/2013

Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan telah berjaya mengadakan Seminar Pemuafakatan dan Pemantapan Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Negeri Kelantan pada 6-9 November 2013 di Hotel Grand Continental Langkawai Kedah.

Seminar ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai  perhubungan awam jabatan persekutuan tentang peranan dan tanggungjawab mereka di jabatan masing-masing khususnya konteks penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat dengan betul dan tepat serta berkesan

Seramai 72 orang pegawai perhubungan awam yang terlibat mewakili jabatan masing-masing dan pelbagai aktiviti seperti ceramah dan juga bengkel kemahiran kepada setiap peserta. Disamping itu juga, tidak ketinggalan badan sukararela iaitu Komuniti 1Malaysia Jabatan Penerengan Negeri Kelantan dilibatkan bersama dalam seminar ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Seramai 10  orang peserta yang terlibat mewakili setiap daerah.
YABrs. Tuan Haji Ramly Yusoff menyampaikan ucapan aluan di
 Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan

Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh
YBhg. Dato Makhtar Mustapa

YBhg. Dato'  Pengarah Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan sedang
menyampaikan ucapan perasmian
Seminar Permufakatan dan Pemantapan PRO Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan


Para peserta sedang khyusuk mengadakan perbincangan kumpulan untuk persembahan
 semasa bengkel sempena semianra tersebut

Salah seorang peserta mengadakan perbincangan dengan urusetia bagi memperkemaskan
 persembahan semasa bengkel sempena seminar tersebut

YABrs. Tuan Haji Ramly Yusoff menyampaiakn cenderahati kenang-kenangan
kepada YBhg. Dato Makhtar

Barisan fasilitator menyaksikan persembahan setiap kumpulan hasil daripada
 perbincangan yang dibuat oleh peserta

1 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan. saya cuba dapatkan emel tuan, tetapi tak jumpa, jadi saya ambil keputusan untuk komen di sini. untuk makluman tuan, saya representing Volunteers Kelantan Team. Jadi, untuk sebarang makluman atau perlukan sukarelawan untuk apa2 program komuniti, tuan bolehlah emelkan kepada azabulkalam@yahoo.com. We are so proud to be with communities. tambah2 untuk program2 'Visit Malaysia 2014'. Terima kasih tuan.

    BalasPadam