Ahad, 22 Disember 2013

PROGRAM KEMBARA JALINAN KASIH BERSAMA MANGSA BANJIR

Jabatan Penerangan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Jalinan Kasih Bersama Mangsa Banjir pada 21-22 Disember 2013 yang melibatkan empat daerah iaitu Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas dan Tanah Merah. Ianya merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan untuk mendekati dan menyelami keperitan serta pahit maung yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Konvoi Kembara Jalinan Kasih di ketuai oleh YABrs. Tuan haji Ramly Yusoff, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan melibatkan 10 buah kenderaan jabatan diikuti oleh kenderaan - kenderaan persendirian.

Program ini melibatkan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan yang dilanda banjir khususnya di Komuniti 1Malaysia. Mereka ini diantara mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk semasa gelombang pertama baru-baru ini. Turut juga diadakan aktiviti membaiki rumah mereka yang kurang berkemampuan, membersihkan surau/masjid serta jalan-jalan kampung yang disertai oleh pemimpin - pemimpin tempatan.

Penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang mana para penerimanya terdiri daripada ahli-ahli Komuniti 1Malaysia. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan melegakan keperitan yang dihadapi oleh mereka akibat daripada kemusnahan banjir baru-baru.

GALERI AKTIVITI 





























Rabu, 18 Disember 2013

PROGRAM JASA MU DIKENANG DAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI 1MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Jabatan Penerangan Negeri Kelantan telah berjaya mengadakan Program Jasa Mu Dikenang dan Permuafakatn Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan pada 8 Disember 2013 di Sweet Beach Resort Tok Bali Pasir Puteh.Program ini bertujuan untuk meraikan badan-badan sukarela jabatan yang terdiri daripada Komuniti 1Malaysia, Guru-Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia dan Pengerak 1Malaysia. Mereka ini diraikan dalam majlis yang gilang gemilang dengan pelbagai acara seperti acara memotong kek, persembahan nyanyian, Mak Yong dan sebagainya.

Program ini bukan sahaja boleh mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhwah diantara satu sama lain malah ianya mampu menjadi sebuah badan yang kuat dan kukuh khususnya dalam memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat hingga ke akar umbi.

Bagi merialisasikan penghargaan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan kepada badan sukarelawan ini, turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil Penghargaan yang melibatkan 99 orang Pengerusi Komuniti 1Malaysia, 10 orang Guru-Guru Penyelaras dan 5 orang Penggerak 1Malaysia.

Tuan Haji Ramly Bin Yusoff, Pengarah Penerangan Negeri Kelantan menaruh harapan yang tinggi kepada mereka ini agar terus memberi sumbangan dan bakti samada dalam bentuk tenaga atau pun idea dalam membantu jabatan agar terus berperanan  sebagai sebuah agensi penyebar maklumat yang tepat dan cepat selaras dengan perkembangan semasa an mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan maju.
Tuan Pengarah Jabatan  Penerangan bersama tetamu jemputan di majlis tersebut

Persembahan  Mak Yong turut diadakan bagi menyerikan dan memeriahkan
Masjlis Jasa Mu Dikenang

Encik Azahar Ismail, Penolong Pengarah PKPM selaku Pengerusi JK Penyelaras sedang
 menyampaikan ucapan di Majlis Jasa Mu Dikenang

Tuan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan perasmian 

Penyampaian Anugerah dan SIjil Penghargaan turut diadakan dan disampaikan oleh
Tuan Haj Ramly Yusoiff

Majlis diseriakan dengan acara memotong kek beramai-ramai yang diketuai oleh Tuan Haji Ramly Yusoff

Encik Mohd Zamzuri Salleh  turut mendedangkan sebuah lagu untuk
menghiburkan semua tetamu di majlis tersebut

Salah seorang wakil Penggerak 1Malaysia menerima Anugerah dan Sijil Penghargaan
bagi menandakan penghargaan jabatan kepada sumbangan mereka secara sukarela

Sessi bergambar kenang-kenangan Tuan Pengarah bersama tetamu yang hadir

Bagi menanamkan semangat cintakan negara " Lagu Negara Ku " turut didendangkan dan
dihayati oleh semua hadirin

Ketibaan Pengarah disambut oleh Pegawai Penerangan Daerah dan tetamu

Pelbagai juadah turut disajikan khas kepada semua tetamu yang diraikan