Sabtu, 24 November 2012

PROGRAM RAKAMAN ANJUNG KOMUNITI 1MALAYSIA BINJAI KOTA BHARU

Orangramai sedang menyaksikan persembahan wayang kulit yang merupakan salah satu seni  budaya negeri Kelantan dan masih lagi dipeliharan dan mempunyai peminat tersendiri

Aktiviti menjual lokan adalah merupakan salah satu punca pencarian dan rezeki penduduk di Komuniti 1Malaysia Binjai

Krew RTM sedang membuat persiapan untuk penggambaran aktiviti mencari lokan oleh penduduk setempat
Penggambaran Komuniti 1Malaysia telah berlangsung pada 23 - 25 November 2012 oleh Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) dengan kerjasama Urusetia Komuniti 1Malaysia Kebangsaan. Komuniti 1Malaysia Binjai Kota Bharu telah dipilih untuk diadakan sesi penggambaran kali ini yang mengfokuskan kepada aktiviti atau pun kegiatan-kegiatan sosial-politik di Komuniti 1Malaysia berkenaan. Perusahaan penternakan madu kelulut, perusahaan penanaman sayur-sayuran, perusahaan jahitan,  perusahaan penternakan kuda kacukan dan perusahan makanan segera.perusahaan ukiran kayu, aktiviti mencari lokan, aktiviti kebudayaan, pusat pengajian antarabangsa ( Wadi Sopia ) adalah diantara slot yang dirakamkan dan akan disiarkan pada hari Isnin, jam 9.00 malam.

Penggambaran ini adalah untuk mempromosikan Komuniti 1Malaysia Binjai kepada masyarakat tentang kegiatan-kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Krew penggambaran diketua penerbita rancangan telah berjaya meletakkan Komuniti 1Malaysia sebagai sebuah badan sukarela  yang dapat mebantu menaiktaraf kehidupan masyarakat setempat. 

Rabu, 21 November 2012