Ahad, 19 Januari 2014

PROGRAM SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI NASIONAL ( PENA )

Program ini telah berlangsung di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera Kompleks Sekolah -Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu pada 18 Januari 2014. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mustafa Mohammed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang mana turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia dan YBhg. Datuk Makhtar Mustafar Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan kakitangan kerajaan serta agensi swasta

Tujuan program ini antara lain untuk memberi penjelasan dan penerangan tentangan beberapa isu khususnya berkaitan dengan  Bajet 2014 dan GST supaya difahami oleh semua masyarakat. Bagi merialisasikan hasrat ini, Komunti 1Malaysia dari seluruh daerah turut hadir bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan isu tersebut. Mereka ini akan bertijndak sebagai agen penyampai maklumat di kawasan masing-masing dan sedikit sebanyak menjawab  persoalan yang timbuol kilanagan masyarakat. Tidak ketinggalan juga anggota Jabatan PeneranganNegeri Kelantan juga hadir bagi mendapatkan maklumat sebagai bahan untuk menyampaikan ceramah atau menjelaskan kepada rakyat tentang isu tersebut.