Sabtu, 17 November 2012

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PLKN BERSAMA K1M

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BERSAMA KOMUNITI 1MALAYSIA DERDAP LEBIR KUALA KRAI

Program Khidmat Komuniti telah diadakan pada 17 November 2012 di Sekolah Kebangsaan Pahi Kuala Krai. Program ini melibatkan aktiviti gotong royong membersih kawasan sekolah dan mengecat rumah yang disertai seramai 230 orang peserta daripada kalangan PLKN Batu Jong dan 50 orang daripada ahli-ahli Komuniti 1Malaysia Derdap Lebir. Program ini juga disertai oleh bekas - bekas pelatih PLKN yang telah menamatkan latihan dan bergerak secara sukarelawan atas nama Briged Sukarelawan Khidmat Negara seramai 60 orang.
Salah seorang peserta Program Khidmat Komuniti  yang juga merupakan ahli Komuniti 1Malaysia Derdap Lebir sedang menyampaikan lagu untuk hiburan tetamu yang hadir

YBhg. Ketua Pengarah JLKN bersama YABrs. Pengarah Penerangan Malaysia hadir bagi menjayakan program tersebut
Program ini diserikan dengan pelbagai acara iaitu persembahan Dikir Barat oleh pelatih PLKN. Ahli K1M juga tidak ketinggalan membuat persembahan nyanyian solo dan silat bagi menyambut ketibaan VIP. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Hadi Awang Kecik Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Malaysia. Turut hadir YABrs. Tuan Haji Ramly Yusoff Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Pengarah Briged Sukarelawan Khidmat Negara Negeri Kelantan dan Kem Komanden Batu Jong Kuala Krai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan