Isnin, 7 Julai 2014

PROGRAM SERAMAK RAKYAT 1MALAYSIA DAN PELANCARAN UNIT KOMUNIKASI BELIA RAKAN IT PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2014

Pada  20 Jun 2014 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Perasmian Program SEMARAK Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Unit Komunikasi Belia Rakan IT Peringkat Daerah Pasir Mas. Majlis telah dirasmika oleh YB Dato' Jailani Bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Mutimedia Malaysia sempena rangka lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan. Majlis yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Dewan Kolej Vaksional Pasir Mas dan dihadiri oleh ribuan masyarakat disekitar Parlimen Pasir Mas.

Pelbagai pengisian yang melibatkan pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan program iaitu melibatkan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta, persembahan PENTARAMA, Persembahan Dikir Barat dan penampilan istimewa artis jemputan Black Mentor.

Ketibaan YB Dato' diirngi dengan konvoi daripada Kelab Motor Klasik Negeri Kelantan dan Persembahan Silat Selamat Datang oleh ahli-ahli Unit Komunikasi Belia Rakan IT Daerah Pasir Mas.


Antara artis-artis PENTARAMA yang diudang bagi memeriahkan program yang berlangung


YABrs. Tuan Haji Ramly YUsoff, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan
 sedang menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut

Di atara dif-dif kehormat yang hadir bagi menjayakan majlis

Deretan kereta klasik yang terlibat dengan konvoi menyambut ketiabaan
YB Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media MalaysiaAdd caption

YB Dato' Jailani Bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Muti Media Malaysia
sedang menyampaiakn ucapan perasmian 

Salah seorang Pengerusi K1M yang  telah memanangi Anugerah Komuniti Terbiak Peringkat Daerah Pasir Mas

Penampilan istimewa artis jemputan Black Mentor & RJ telah berjaya menghiburkan para hadirin pada malam tersebut

Majlis diserikan dengan persembahan Dikir Barat daripada Komuniti 1Malaysia Daerah Pasir Mas

YABrs. Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YB Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media Malaysia sempena majlis perasmian tersebut.Add caption

Rabu, 25 Jun 2014

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI 1MALAYSIA DAN PELANCARAN UNTI KOMUNIKASI BELIA RAKAN IT PERINGKAT DAERAH PASIR PUTEH


Program ini telah berlangsung pada 21 Jun 2014 di Kampung Alor Hijau Selising Pasir Puteh dan telah dilancarkan oleh YB Dato' Jailani Bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media Malaysia sempena dengan rangka lawatan YBhg. Dato ke Negeri Kelantan Darulnaim.

Pelbagai acara telah disusun untuk memeriahlkan majlis ini seperti pameran dan perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta, acara sukan air, acara melukis dan mewarna kanak-kanak tabika dan sebagainya. Ketiabaan YB Timbalan Menteri Komu8nikasi dan Multi Media Malaysia diiringi oleh Kelab Permotoran Klasik Negeri Kelantan dan dimeriahkan dengan acara menaikan wau serta perlawanan akhir sukan akhir.
Majlis pelancaran Unit Komunikasi Belia Rana IT adalah merupakan salah satu platform yang akan digunakan oleh Komunitii 1Malaysia dalam menyampaikan maklumat -maklumat kerajaan kepada masyarakat khususnya golongan belia. Keahliannya terdiri daripada orang-oramg muda yang pakar dan mahir dalam bidang IT. Mereka ini akan menggunakan media siber untuk menyebarkan makilumat kerjaan disamping menangkis tomahan-tomahan yang dilemparkan oleh setengah pihak dalam memburuk-burukkan kerajaan

YB Timbalan Menteri Komunikasi Multi Media Malaysia turut menyampaikan Netbook kepada Pejabat Penerangan Daerah pasir Puteh, Pejabat Khidmat DUN selising dan Pelajar-Pelajar Cemerlang PMR 2014 yang melbatkan sekolah SMK Bukit Jawa dan SMK Selising

Pada sebelah malam diadakan program Malam CInta Rasul dan Ihya Ramadhan yang dihadiri oleh masyarakat dalam DUN selinsing. Ianya bagi menanamkan semangat cinta rasul disamping menimarahkan bulan ramadhan yang akan disambut tidak lama lagi. Perasmian disempurnkan oleh YB Encik ZUlkifli Ali, ADUN Selising











Ahad, 22 Jun 2014

PROGRAM LAWATAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BRUNEI NEGARA DARUSSALAM & KELOMPOK INFORMASI MASYARAKAT INDONESIA KE NEGERI KELANTAN MALAYSIA

Pada 17 hingga 20 Jun 2014 yang lalu Jabatan Penerangan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan lawatan daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Negara Brunei Darussalam ( MPKM )dan Kelompok Informasi Indonesia ( KIM ). Mereka ini merupakan salah sebuah agensi kerajaan  yang memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat-maklumat serta dasar kerajaan negara masing - masaing  kepada masyarakat. 

Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat kerajaan maka lawatan ini telah berjaya melahirkan idea-idea  baru yang boleh dikongsi bersama khususnya dalam konteks  penyebaran maklumat kerajaan kepada masyarakat. Pertukaran maklumat dan gerak kerja diantara kedua-dua buah negara ini merupakan salah satu daripada tindakan yang berkesan yang boleh dipraktikkan bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan kepada rakyat difahami  dan dihayati serta mendapat sokongan rakyat kepada kerajaan

Sempena dengan  lawatan ini pelbagai aktiviti telah disusun yang melibatkan aktiviti kebudayaan, informasi, keusahawanan dan sebagainya.Sasaran yang difokuskan ialah di kawasan Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan selaras dengan hasrat dan kehendak YBhg. Dato' Ketua Pengarah Penerangan Malaysia

Deligasi daripada Brunei Darussalam seramai 8 orang yang di ketuai oleh Dayang Hajah Rosidah Binti Haji Ismail manakala Deligasi daripada Republik Indonesia seramai 7 orang diketuai oleh Bapak Aypolitus Layanan 

Rombongan telah bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 20 Jun 2014  dan akan menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh Cawangan Perhubungan Antarabangsam Jabatan Penerangan Malaysia

Ketibaan Deligasi Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia disambut oleh 
Pengarah Penerangan Negeri Kelantan dan Ahli-Ahli Komuniti 1Malaysia Parang Puting Kota Bharu 
di Lapangan Terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa

Ahli Deligasi kedua-dua buah negara  beristirehat
di Bilik VIP Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Pengkalan Chepa Kota Bharu

YBhg. Dato Ibrahim Abdul Rahman sedang menyampaikan cenderamata 
kenang - kenagan kepada ahli deligasi sempena Majlis Makan Malam di PCB Resort Kota Bharu

Ketibaan Deligasi disambut dengan perarakan bungan manggar bagi 
meraikan kedatangan meraka  di PCB Reseort Kota Bharu


YABrs. Tuan haji Ramly Yusoff, Pengarah Penerangan Negeri Kelantan sedang menyampaikan 
 taklimat kepada deligasi Brunei & Indonesia di PMR Kota Bharu

Ketua-ketua deligasi bersama YABrs. Pengarah Penerangan Negeri Kelantan di PMR Kota Bharu
sempena sessi taklimat yang disampaikan pada pagi tersebut

Para deligasi sedang mendengar taklimat yang disampaikan dan pelbagai soalan turut diajukan bagi mendapat penjelasan berkaiatan dengan  strategi  Jabatan Penerangan Negeri kelantan dalam memenangi hati rakyat

Lawatan ke Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan ( Kelantan FM ) turut diadakan bagi 
mendapatkan pelbagai informasi dan bersiaran melalui konti

Sessi bergambar kenang-kenangn turut diadakan para deligasi bersama
 Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan

Ketibaan deligasi di K1M Terbak Tumpat disambut  dan diiringi  untuk menyaksikan
 persembahan silat selamat datang

Persembahan silat daripada Rakan Budaya K1M Terbak  menceriakan suasana sambuta pada hari tersebut

Para deligasi diberi peluang mencuba mencanting batik yang merupakan salah satu 
produk yang diusahakn oleh ahli-ahli K1M Terbak Tumpat

Dikir Barat  merupakan seni budaya Negeri Kelantan turut dipersembahan oleh ahli-ahli K1M Laklok Machang bagi meraikan ketibaan deligasi ke K1M tersebut

Persembahan Mak Yong adalah diantara yang menjadi perhatian 
semasa lawatan deligasi ke K1M Laklok Machang

Bunga Telur sinonim diberikan kepada tetamu yang bertandang dan diaplikasikan kepada ketua deligasi  dari Indonesia oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan

Para deligasi tidak melpaskan peluang  untuk bergambar di Jambatan Persahabatan Rantau Panjang setelah berkunjung ke sempadan antara Malaysia - Thailand

Sessi bergambar kenang-kenangan di Pantai Irama Bachok di Majlis Santai Bersama Masyarakat Bachok


Persembahan Tarian 1Malaysia turut dipertontonkan kepada deligasi
semasa melakukan lawatan ke K1M Terbak Tumpat

YABrs. Pengarah Penerangan Negeri Kelantan menyampaikan cenderahati kepada 
ahli-ahli deligasi sebagai tanda ingatan berkunjung ke Negeri Kelantan 

Ahad, 23 Februari 2014

PERSEMBAHAN PENTARAMA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Jabatan Penerangan Malaysia telah mengadakan persembahan PENTARAMA  pada  21 Februari 2014 di Perkarangan Wat Cheng Bhudawas Terbak Tumpat. Ianya melibatkan persembahan hiburan bermaklumat yang menampilkan persembahan yang begitu menghiburkan  dan mendapat sambutan yang menggalakan dariapda masayarakat. Lebih kurang 1000 orang telah hadir yang mana  terdiri daripada masyarakat siam dan melayu.

Persembahan pada malam tersebut melibatkan sketsa dan penjelasan mengenai isu-isu semasa oleh arits-artis PENTARAMA supaya difahami dan hayati oleh seluruh masyarakat. Ianya diharap dapat sedikit sebanyak merungkai beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak khususnya mengenai dengan kenaikan harga barang, GST , BR1M dan subsidi kerajaan.

Kebanyakan mereka yang hadir pada malam tersebut merakamkan ucapan ribuan  terima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan Malaysia yang sudi mengadakan peserembahan ini yang bukan semata-mata untuk berhibur tetapi hiburan bermaklumat. Ianya menampilkan pelbagai mesej kerajaan kepada masyarakat dan secara tidak langsung menjadikan kerajaan dekat dihari rakyat.

Wakil masyarakat yang juga merupakan ahli Komuniti 1Malaysia Terbak Tumpat turut menyampaikan ucapan dan melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin tentang masalah rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan bagi merengankan beban.










Ahad, 19 Januari 2014

PROGRAM SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI NASIONAL ( PENA )

Program ini telah berlangsung di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera Kompleks Sekolah -Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu pada 18 Januari 2014. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mustafa Mohammed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang mana turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia dan YBhg. Datuk Makhtar Mustafar Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan kakitangan kerajaan serta agensi swasta

Tujuan program ini antara lain untuk memberi penjelasan dan penerangan tentangan beberapa isu khususnya berkaitan dengan  Bajet 2014 dan GST supaya difahami oleh semua masyarakat. Bagi merialisasikan hasrat ini, Komunti 1Malaysia dari seluruh daerah turut hadir bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan isu tersebut. Mereka ini akan bertijndak sebagai agen penyampai maklumat di kawasan masing-masing dan sedikit sebanyak menjawab  persoalan yang timbuol kilanagan masyarakat. Tidak ketinggalan juga anggota Jabatan PeneranganNegeri Kelantan juga hadir bagi mendapatkan maklumat sebagai bahan untuk menyampaikan ceramah atau menjelaskan kepada rakyat tentang isu tersebut.