Ahad, 22 Jun 2014

PROGRAM LAWATAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BRUNEI NEGARA DARUSSALAM & KELOMPOK INFORMASI MASYARAKAT INDONESIA KE NEGERI KELANTAN MALAYSIA

Pada 17 hingga 20 Jun 2014 yang lalu Jabatan Penerangan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan lawatan daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Negara Brunei Darussalam ( MPKM )dan Kelompok Informasi Indonesia ( KIM ). Mereka ini merupakan salah sebuah agensi kerajaan  yang memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat-maklumat serta dasar kerajaan negara masing - masaing  kepada masyarakat. 

Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat kerajaan maka lawatan ini telah berjaya melahirkan idea-idea  baru yang boleh dikongsi bersama khususnya dalam konteks  penyebaran maklumat kerajaan kepada masyarakat. Pertukaran maklumat dan gerak kerja diantara kedua-dua buah negara ini merupakan salah satu daripada tindakan yang berkesan yang boleh dipraktikkan bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan kepada rakyat difahami  dan dihayati serta mendapat sokongan rakyat kepada kerajaan

Sempena dengan  lawatan ini pelbagai aktiviti telah disusun yang melibatkan aktiviti kebudayaan, informasi, keusahawanan dan sebagainya.Sasaran yang difokuskan ialah di kawasan Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan selaras dengan hasrat dan kehendak YBhg. Dato' Ketua Pengarah Penerangan Malaysia

Deligasi daripada Brunei Darussalam seramai 8 orang yang di ketuai oleh Dayang Hajah Rosidah Binti Haji Ismail manakala Deligasi daripada Republik Indonesia seramai 7 orang diketuai oleh Bapak Aypolitus Layanan 

Rombongan telah bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 20 Jun 2014  dan akan menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh Cawangan Perhubungan Antarabangsam Jabatan Penerangan Malaysia

Ketibaan Deligasi Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia disambut oleh 
Pengarah Penerangan Negeri Kelantan dan Ahli-Ahli Komuniti 1Malaysia Parang Puting Kota Bharu 
di Lapangan Terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa

Ahli Deligasi kedua-dua buah negara  beristirehat
di Bilik VIP Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Pengkalan Chepa Kota Bharu

YBhg. Dato Ibrahim Abdul Rahman sedang menyampaikan cenderamata 
kenang - kenagan kepada ahli deligasi sempena Majlis Makan Malam di PCB Resort Kota Bharu

Ketibaan Deligasi disambut dengan perarakan bungan manggar bagi 
meraikan kedatangan meraka  di PCB Reseort Kota Bharu


YABrs. Tuan haji Ramly Yusoff, Pengarah Penerangan Negeri Kelantan sedang menyampaikan 
 taklimat kepada deligasi Brunei & Indonesia di PMR Kota Bharu

Ketua-ketua deligasi bersama YABrs. Pengarah Penerangan Negeri Kelantan di PMR Kota Bharu
sempena sessi taklimat yang disampaikan pada pagi tersebut

Para deligasi sedang mendengar taklimat yang disampaikan dan pelbagai soalan turut diajukan bagi mendapat penjelasan berkaiatan dengan  strategi  Jabatan Penerangan Negeri kelantan dalam memenangi hati rakyat

Lawatan ke Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan ( Kelantan FM ) turut diadakan bagi 
mendapatkan pelbagai informasi dan bersiaran melalui konti

Sessi bergambar kenang-kenangn turut diadakan para deligasi bersama
 Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan

Ketibaan deligasi di K1M Terbak Tumpat disambut  dan diiringi  untuk menyaksikan
 persembahan silat selamat datang

Persembahan silat daripada Rakan Budaya K1M Terbak  menceriakan suasana sambuta pada hari tersebut

Para deligasi diberi peluang mencuba mencanting batik yang merupakan salah satu 
produk yang diusahakn oleh ahli-ahli K1M Terbak Tumpat

Dikir Barat  merupakan seni budaya Negeri Kelantan turut dipersembahan oleh ahli-ahli K1M Laklok Machang bagi meraikan ketibaan deligasi ke K1M tersebut

Persembahan Mak Yong adalah diantara yang menjadi perhatian 
semasa lawatan deligasi ke K1M Laklok Machang

Bunga Telur sinonim diberikan kepada tetamu yang bertandang dan diaplikasikan kepada ketua deligasi  dari Indonesia oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan

Para deligasi tidak melpaskan peluang  untuk bergambar di Jambatan Persahabatan Rantau Panjang setelah berkunjung ke sempadan antara Malaysia - Thailand

Sessi bergambar kenang-kenangan di Pantai Irama Bachok di Majlis Santai Bersama Masyarakat Bachok


Persembahan Tarian 1Malaysia turut dipertontonkan kepada deligasi
semasa melakukan lawatan ke K1M Terbak Tumpat

YABrs. Pengarah Penerangan Negeri Kelantan menyampaikan cenderahati kepada 
ahli-ahli deligasi sebagai tanda ingatan berkunjung ke Negeri Kelantan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan