Isnin, 29 Oktober 2012

PROGRAM PENGHAYATAN K1M DAERAH BACHOK

Pejabat Penerangan Daerah Bachok telah berjaya mengadakan Program Penghayatan 1Malaysia yang melibatkan K1M Nelayan Kandis, K1M Kubang Golok, K1M Bakong dan K1M Kuchelong. Program ini bermula pada 23-24 Oktober yang mana pengisiannya mengfokuskan kepada penjelasan Bajet 2013 agar difahami dan dihayati oleh masyarakat setempat.

Penjelasan ini penting bagi mengelakkan masyarakat membuat pelbagai andaian dan tomahan negatif sebaliknya berterima kasih kepada kerajaan dengan menafaat yang dinikmati hasil daripada pembentangan bajet 2013 yang lalu.Hasil pembentangan bajet berkenaan secara tidak langsung menafikan segala prasangka buruk sesetangah pihak kepada kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

Program ini mendapat kerjasama daripada ahli-ahli Komuniti 1Malaysia yang merupakan salah sebuah badan sukarela jabatan dan berperanan sebagai agen penyalur maklumat kepada masyarakat hingga ke akar umbi. Penceramah yang dijemput adalah terdiri daripada penceramah jabatan dan juga penyelaras DUN di kawasan berkenaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan