Program ini bukan sahaja boleh mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhwah diantara satu sama lain malah ianya mampu menjadi sebuah badan yang kuat dan kukuh khususnya dalam memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat hingga ke akar umbi.
Bagi merialisasikan penghargaan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan kepada badan sukarelawan ini, turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil Penghargaan yang melibatkan 99 orang Pengerusi Komuniti 1Malaysia, 10 orang Guru-Guru Penyelaras dan 5 orang Penggerak 1Malaysia.
Tuan Haji Ramly Bin Yusoff, Pengarah Penerangan Negeri Kelantan menaruh harapan yang tinggi kepada mereka ini agar terus memberi sumbangan dan bakti samada dalam bentuk tenaga atau pun idea dalam membantu jabatan agar terus berperanan sebagai sebuah agensi penyebar maklumat yang tepat dan cepat selaras dengan perkembangan semasa an mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan maju.
Tuan Pengarah Jabatan Penerangan bersama tetamu jemputan di majlis tersebut |
Persembahan Mak Yong turut diadakan bagi menyerikan dan memeriahkan Masjlis Jasa Mu Dikenang |
Encik Azahar Ismail, Penolong Pengarah PKPM selaku Pengerusi JK Penyelaras sedang menyampaikan ucapan di Majlis Jasa Mu Dikenang |
Tuan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan perasmian |
Penyampaian Anugerah dan SIjil Penghargaan turut diadakan dan disampaikan oleh Tuan Haj Ramly Yusoiff |
Majlis diseriakan dengan acara memotong kek beramai-ramai yang diketuai oleh Tuan Haji Ramly Yusoff |
Encik Mohd Zamzuri Salleh turut mendedangkan sebuah lagu untuk menghiburkan semua tetamu di majlis tersebut |
Salah seorang wakil Penggerak 1Malaysia menerima Anugerah dan Sijil Penghargaan bagi menandakan penghargaan jabatan kepada sumbangan mereka secara sukarela |
Sessi bergambar kenang-kenangan Tuan Pengarah bersama tetamu yang hadir |
Bagi menanamkan semangat cintakan negara " Lagu Negara Ku " turut didendangkan dan dihayati oleh semua hadirin |
Ketibaan Pengarah disambut oleh Pegawai Penerangan Daerah dan tetamu |
Pelbagai juadah turut disajikan khas kepada semua tetamu yang diraikan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan