Isnin, 7 Januari 2013

PROGRAM TEMURAMAH BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Program temuramah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia telah diadakan pada 7 Januari 2013. Temuramah yang dibuat adalah untuk dimuatkan di dalam majalah MENTARI terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dan dikeluarkan sebanyak tiga kali setahun. Ianya akan dicetak dan diedarkan secara percuma kepada masyarakat umum bacaan umum. Antara kandungan yang dikeluarkan adalah meliibatkan penulisan rencana tentang konsep pembangunan masyarakat yang berteraskan Gagasan 1Malaysia.

Sesi temuramah kali ini diketuai oleh Tuan haji Shaari Idris, Penolong Pengarah PDN bersama Cik Hasnida Samsudin dan Puan Norlida Mohd Ibrhim.

Komuniti 1Malaysia Kuau/Keluat Bachok dan Parang Puting Kota Bharu adalah diantara badan Ngo yang telah dipilih untuk temubual pada kali ini. Skop yang diutarakan adalah mencakupi soal hala tuju komuniti dalam konteks pembangunan modal insan selaras dengan gagasan 1Malaysia. Juga diketengahkan  produk-produk keluaran K1M yang merupakan sumber ekonomi penduduk tempatan dan mendapat tempat dipasaran tempatan dan di seluruh negara.

Sesi bergambar Ahli Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia Kuau/Keluat Bachok bersama Cik Hasnida Samsudin Penal temuramah

Tuna Haji Nordin Che Hussain sedang menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh panel temuramah
Encik Zahari Che Mamat Pengerusi Komuniti 1Malaysia Parang Puting Kota Bharu sedang memberi penjelasan kepada panel temuramah tentang hala tuju dan peranan komuniti dalam menjadi sebuah badan penyaluran maklumat dan perpaduan masyarakat berteraskan gagasan 1Malaysia

Temuramah bersama Tuan Haji Mohd Arifin  bin Awang FAMA Wilayah Timur 1 & RTC Kelantan juga diadakan pada sebelah petang. Temuramah berkisar tentang pembangunan RTC Negeri Kelantan yang telah memacu pembangunan sosial ekonomi rakyat negeri Kelantan. Kejayaan RTC Kelantan  telah melonjak kepada sumber pendapatan negeri Kelantan khas dan negara amnya. Ia merupakan sebuah terminal makanan negara yang mendapat sokongan dan pujian daripada masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan