Selasa, 15 Januari 2013

PROGRAM GOTONG ROYONG KOMUNITI 1MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Enci Mohd Zamzuri Salleh mewakili Pengarah Penerangan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan di program gotong royong K1M Bagus

Majlis perasmian program gotong royong dirasmikan oleh YBhg. Ir. Dato' Hj. Saari

Di antara para penerima bantuan banjir sempena program gotong royong K1M Bagus Rantau Panjang

Golongan orang kelainan upaya juga tidak ketinggalan menerima bantuan berupa barangan keperluan yang disampaikan olah YBhg. Ir. Dato' Hj Shaari


Aktiviti gotong royong melibatkan pembersihan kawasan sekitar anjung K1M Bagus dan Masjid Simpang Tiga Kg. Bagus Rantau Panjang

Aktiviti gotong royong bukan sahaja terdiri daripada ahli-ahli K1M malah ianya juga disertai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam
Program gotong royong Komuniti 1Malaysia telah pun diadakan di Komuniti 1Malaysia Bagus Rantau Panjang pada 12 Januari 2013 yang melibatkan ahli-ahli K1M,Sukarelawan K1M  dan masyarakat tempatan.  Program ini melibatkan aktiviti gotong royong membersih Masjid Simpang Tiga Kg. Bagus dan perkarangan K1M Bagus dengan bantuan daripada  Jabatan Bomba Dan Penyelamat Rantau Panjang dan Jabatan Pertahanan Awam Rantau Panjang. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Ir. Dato Hj Shaari, Pengerusi Koperasi BELA Rakyat DUN Gual Periuk. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Zamzuri Salleh mewakili Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, ahli Komuniti 1Malaysia Bagus serta masyakarat setempat. Kehadiran dianggarkan seramai 600 orang dan ianya mendapat liputan daripada media massa dan elektronik tempatan.
Sebahagian peserta gotong royong mengadakan sessi bergambar  sebelum aktiviti dimulakan

Bantuan berupa barangan keperluan turut juga diadakan yang melibatkan mangsa-mangsa banjir, orang kelainan upaya dan mereka yang kurang berkemampuan seramai 300 penerima. Bantuan disampaikan dari rumah ke rumah sekitar Kg. Bagus Rantau Panjang dengan bantuan daripada Skuad Sukarelawan K1M  Negeri Kelantan.

Majlis dimulakan dengan Program Sembang Warung juga diadakan di kedai makan Kg. Bagus yang mana bertujuan untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan disamping menyampaikan maklumat serta mendapatkan maklum balas daripada masyarakat setempat mengenai pelbagai isu yang melanda dalam negara ini.

Program yang diadakan ini telah memberi impak yang besar khususnya dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain disamping mewujudkan kemesraan pemimpin dengan rakyat. Ianya juga boleh diajdikan salah satu platform yang penting untuk menyalurkan maklumat hingga ke akar umbi supaya difahami dan dihayati oleh rakyat serta serta secara tidak langsung akan memberi sokongan kepada kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan