Jabatan Penerangan Negeri Kelantan melalui Komuniti 1Malaysia telah mengadakan Program Pemukiman K1M melibatkan seramai 99 orang yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha serta Ahli-Ahli Komuniti 1Malaysia seluruh daerah.
Ianya bertujuan untuk memantapkan pentadbiran dan pengurusan K1M seiring dengan perkembangan semasa dan selaras dengan gagasan 1Malaysia. Program ini telah memberikan impak yang besar dalam meningkatkan imej Komuniti 1Malaysia sebagai sebuah badan sukarela yang berperanan untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat hingga ke akar umbi
Encik Azahar Ismail mewakili Pengarah Penerangan Negeri Kelantan menyampaikan ucapatama kepada peserta |
Para peserta bergambar di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu |
En.Azahar menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada wakil SUK |
Bagi memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan silaturahim kunjungan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Komuniti 1Malaysia Atas Tol/Pengadang turut diatur oleh urusetia K1M Negeri.
Para peserta merakamkan gambar kenang-kenangan di Komuniti 1Malaysia Atas Tol/Pengadang Kuala Terengganu sempena sessi Lawatan Muhibbah Bersama K1M berkenaan |
Para peserta mendengar ucapan dan taklimat oleh urusetia K1M Kebangsaan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan