Seminar ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai perhubungan awam jabatan persekutuan tentang peranan dan tanggungjawab mereka di jabatan masing-masing khususnya konteks penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat dengan betul dan tepat serta berkesan
Seramai 72 orang pegawai perhubungan awam yang terlibat mewakili jabatan masing-masing dan pelbagai aktiviti seperti ceramah dan juga bengkel kemahiran kepada setiap peserta. Disamping itu juga, tidak ketinggalan badan sukararela iaitu Komuniti 1Malaysia Jabatan Penerengan Negeri Kelantan dilibatkan bersama dalam seminar ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Seramai 10 orang peserta yang terlibat mewakili setiap daerah.
YABrs. Tuan Haji Ramly Yusoff menyampaikan ucapan aluan di Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan |
Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh YBhg. Dato Makhtar Mustapa |
YBhg. Dato' Pengarah Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan perasmian Seminar Permufakatan dan Pemantapan PRO Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan |
Para peserta sedang khyusuk mengadakan perbincangan kumpulan untuk persembahan semasa bengkel sempena semianra tersebut |
Salah seorang peserta mengadakan perbincangan dengan urusetia bagi memperkemaskan persembahan semasa bengkel sempena seminar tersebut |
YABrs. Tuan Haji Ramly Yusoff menyampaiakn cenderahati kenang-kenangan kepada YBhg. Dato Makhtar |
Barisan fasilitator menyaksikan persembahan setiap kumpulan hasil daripada perbincangan yang dibuat oleh peserta |