Isnin, 29 Oktober 2012
PROGRAM PENGHAYATAN K1M PASIR MAS
Komuniti 1Malaysia Daerah Pasir Mas telah mengadakan Program Penghayatan 1Malaysia K1M Daerah Pasir Mas bermula 2 - 3 November 2012 dan 9 November 2012 yang akan melibatkan K1M Bagus, K1M Aur China dan K1M Belukar.
Antara isu yang akan diutarakan adalah berkisar kepada Penjelasan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Penjelasan ini penting bagi memberi pemahaman kepada masyarakat tentang keprihatinan kerajaan dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat
LAWATAN GERAK SARAF PERANG SARAF JABATAN PENERANGAN NEGERI KELANTAN
Encik Azahar Ismail, Penolong Pengarah PKPM sedang menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam Bersama Jabatan Penmbangunan Persekutuan Pulau Pinang |
Pengarah Penerangan Negeri dan Pengerusi Permuafakatan K1M Negeri sedang mendengar taklimat keselamatan dan isu-isu semasa |
Peserta LSB mengadakan sessi bergambar semasa lawatan muhibbah di Jabatan Penerangan Pulau Pinang |
Majlis Pelepasan peserta LSB oleh YBhg. Tuan Haji Yahya Mamat wakil Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan di Perkarangan Pejabat Penerangan Kota Bharu |
Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Lawatan Gerak Saraf Perang Saraf yang melibatkan Ahli-Ahli Permufakatan Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan Bersama Pegawai-Pegawai Penerangan pada 18-20 Oktober 2012 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang senario sosial- politik yang berlaku di Negeri Pulau Pinang setelah diambil alih pemerintahan oleh pembangkang. Lawatan ini disertai seramai 40 orang peserta dan acara pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Yahya Mamat, wakil Dato' Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.
Ketibaan rombongan lawatan ini disambut dengan meriah di Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.
Peserta rombongan juga diberi taklimat mengenai perkembangan isu-isu semasa oleh Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang dan seterusnya dibawa ke Padang Kota Lama dan Taman Manggis yang merupakan diantara lokasi yang menjadi pertikaian penduduk negeri Pulau Pinang khususnya dikalangan orang melayu
Diakhir lawatan ini, peserta rombongan dibawa melawat ke Komuniti 1Malaysia Barat Daya Pulau Pinang yang merupakan salah satu komuniti yang aktif dan mempunyai produk-produk keluaran tempatan yang dihasilkan oleh ahli-ahli Komuniti 1Malaysia tersebut.
Encik Alias selaku ketua rombongan sedang menyampaikan taklimat LSB kepada semua peserta |
Diantara ahli rombongan yang terlibat dengan LSB ke Pulau Pinang |
PROGRAM PENGHAYATAN 1MALAYSIA K1M DAERAH KOTA BHARU
Program Penghayatan 1Malaysia Daerah Kota Bharu diadakan pada 5 hingga 11 November 2012. Program ini juga melibatkan Penjelasan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada bulan September yang lalu.Fokus utama yang diperjelaskan ialah manafaat dan faedah yang diperolehi oleh masyarakat khususnya yang melibatkan masyarakat kampung seperti BR1M 2.0, Baucer Pembelian Buku dan sebagainya.
PROGRAM PENGHAYATAN K1M DAERAH BACHOK
Pejabat Penerangan Daerah Bachok telah berjaya mengadakan Program Penghayatan 1Malaysia yang melibatkan K1M Nelayan Kandis, K1M Kubang Golok, K1M Bakong dan K1M Kuchelong. Program ini bermula pada 23-24 Oktober yang mana pengisiannya mengfokuskan kepada penjelasan Bajet 2013 agar difahami dan dihayati oleh masyarakat setempat.
Penjelasan ini penting bagi mengelakkan masyarakat membuat pelbagai andaian dan tomahan negatif sebaliknya berterima kasih kepada kerajaan dengan menafaat yang dinikmati hasil daripada pembentangan bajet 2013 yang lalu.Hasil pembentangan bajet berkenaan secara tidak langsung menafikan segala prasangka buruk sesetangah pihak kepada kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat.
Program ini mendapat kerjasama daripada ahli-ahli Komuniti 1Malaysia yang merupakan salah sebuah badan sukarela jabatan dan berperanan sebagai agen penyalur maklumat kepada masyarakat hingga ke akar umbi. Penceramah yang dijemput adalah terdiri daripada penceramah jabatan dan juga penyelaras DUN di kawasan berkenaan
Langgan:
Catatan (Atom)